Wednesday, August 19, 2015

Mata asyik masuk habuk.

Mama dengan ayah arwah kak eliza pergi haji 17hb 8 2015.. isnin lepas. So.. tugas untuk menjaga mendidik anak anak buah jatuh ke bahu aku dengan kakak.

Lemah dan lembik sungguh hati aku.
Cepat sangat hati ni terusik..
Laju je air mata ni nak mengalir..
Boleh dikatakan hari hari mata
Aku ni masuk habuk...

Sedih tengok anak anak ni...
Membesar menumpang kasih...
Nasib laa ada pakcik makcik yang menyayangi..

Juelle acu dengan macu jaga..
Adam gyna aku dengan kakak jaga..

Sayu hati jemput diorang balik sekolah.. orang lain.. mak diorang jemput..
Ni anak anak.. makcik yang jemput.. 

Tadi adam balik sekolah.. dia cakap
Nanti 30hb persembahan tarian kat seremban.. aku tak tertanya.. mak ayah boleh pergi ke..
Aku cuma tanya.. kitorang boleh pergi ke..
Langsung dia diam macam termenung gitu..
Balik balik masuk bilik depan..
Ku ngendap dari dalam bilik tengah..
Lama dia tenung gambar arwah mummy dia..

Sedih aku ni mengenangkan nasib anak anak ni..
Sabar laa yaa anak anak semua...
Bertabahlaa menghadapi ujian Allah swt..
Allah swt lebih sayangkan mummy anak anak..
Sebab tu jemput mummy awal..
Doakan syurga buat mummy yaa...

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.