Thursday, July 30, 2015

Kau pergi juga..

Eliza Darlina binti Abd Razak
Nama yang indah
sesempurna keperibadiannya

pergi buat selamanya 
dijemput Ilahi pada tanggal
26 July 2015 M 
10 Syawal 1436 H

Penghidap kanser paru-paru
stage 4
Sekejap sahaja menderita dengan sakitnya
2 ke 3 bulan sahaja
kau di jemput Ilahi
ya. Allah swt sayangkan kau kak
Tak nak biar kau menderita lama
Dengan sakit yang kau sendiri
tak tertahan. 

Last kita jumpa 4 Syawal
Wad ICU Institut Kanser Negara
Walau ku tahu kau susah nak bernafas
Kau gagahkan juga diri borak borak dengan kami
Sambil kakak suapkan bubur nasi & ayam masak merah
Bukan sengaja aku tak nak suapkan
sebab aku tak sanggup nak menahan air mata
sedih.. kau terlantar begitu...
Bersalaman pun aku tak sanggup berlama..
sebab aku menahan sebak didada...

kakak ipar yang ku anggap seperti kakak sendiri
sentiasa mendorong & memberi
Berkongsi rahsia
Suka duka
air mata & gelak ketawa bersama

16 tahun bukan jangka masa yang singkat
Untuk aku lupakan kebaikkannya
senyumannya, gelak tawa nya, 
Rindu. 

Ya. Kalau aku punya rasa terlalu sedih
Apatah lagi abang ku & anak-anak buah ku
bertabahlah anak -anak semua sayang
selagi kudrat ku boleh dikerah
akan ku jaga kamu semua 
seperti anak-anak ku sendiri
seperti yang diamanahkan oleh mummy.

walau jasad mu tiada lagi di bumi..
kau tetap sentiasa dalam hati.. 
Di setiap doa ku hari hari
Tenanglah dikau di sana.. 
Kakakku... 
Al Fatihah buatmu.... 

Amanat mu akan ku jaga sebaik mungkin...

No comments:

Post a Comment


I made this widget at MyFlashFetish.com.